Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Program Solat Berjemaah

Program Solat Berjemaah dijalankan setiap hari Isnin hingga Khamis. Program ini melibatkan semua murid di tahap 1, yang mana dijalankan sebelum waktu rehat. Ia dijalankan di dewan terbuka kerana kapasiti Musalla Al-Muqarrabin tidak dapat menampung jemaah. Perjalanan solat dikawal dan dibimbing oleh guru-guru yang bertugas mengikut jadual. Murid juga dilatih untuk menjadi imam dan bilal secara bergilir-gilir.

Selamat Datang Ke Blog Musalla Al-Muqarrabin

Musalla Al-Muqarrabin merupakan Musalla di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Alam , Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Blog ini diwujudkan bagi menyampaikan informasi, aktiviti dan program yang telah dijalankan di Musalla Al-Muqarrabin. Musalla Al-Muqarrabin terletak di aras bawah, ia memudahkan guru-guru dan juga pelajar untuk menunaikan solat secara berjemaah. Segala informasi berkenaan musalla akan dikemaskini dari masa ke semasa.